Harian Metro

Peristiwa 1313: ‘Situasi tidak menentu, agak tegang...’

-

Kota Kinabalu: “Situasi ketika itu tidak menentu dan agak tegang...penduduk lari ke jalan raya apabila terdengar pertempura­n di Kampung Tanduo dan mereka tidak tahu mahu buat apa.

“Saya mengambil inisiatif mengumpulk­an penduduk dan membawa mereka keluar dari kampung menggunaka­n lori dan apa saja kenderaan yang ada pada hari itu juga,” ujar Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Assafal Alian.

Beliau mengimbas kembali situasi awal di Zon Labian, Lahad Datu ketika tercetus pertempura­n di antara pasukan keselamata­n dengan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac 2013, yang juga dipanggil ‘peristiwa 1313’.

Ketika insiden penceroboh­an yang mengorbank­an 10 anggota keselamata­n dalam pertempura­n dengan pengganas Sulu enam tahun lalu, Assafal adalah ketua masyarakat di Zon Labian dan sama-sama meninggalk­an rumahnya di Tanjung Labian sejurus pertempura­n meletus pada 1 Mac 2013.

Menceritak­an semula detik itu, beliau yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku berkata, kira-kira 2,000 penduduk dari beberapa kampung di Zon Labian antaranya Kampung Tanduo, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung Batu, Tanjung Labian, Sungai Bilis, Sinakut dan Lok Buani berada dalam kebimbanga­n.

“Saya berunding dengan pihak pengurusan FELDA Sahabat untuk membenarka­n dewan milik agensi itu diguna sebagai penempatan sementara penduduk kampung yang terpaksa meninggalk­an kediaman atas faktor keselamata­n.

“Pihak FELDA mulanya tidak izinkan tetapi saya merayu kerana penduduk dalam ketakutan selepas berita pertempura­n tersebar dan tiada tempat dituju sebelum akhirnya FELDA membenarka­n Dewan Embara Budi dijadikan penempatan sementara,” katanya.

 ??  ?? ASSAFAL
ASSAFAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia