Harian Metro

Ambil kira laluan kenderaan berat

-

Miri: Projek pembinaan jambatan baharu Kampung Subak, Lambir akan dimasukkan dalam Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) 2018/2019 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat berkata demikian ketika dihubungi berkaitan isu jambatan usang di kampung berkenaan.

“Sepatutnya, pembinaan jambatan terbabit dimulakan pada 2015 tetapi berlaku kelewatan dalam pelaksanaa­nnya disebabkan perubahan spesifikas­i serta permintaan tambahan yang dipohon penduduk kampung,” katanya.

Katanya, jambatan baharu pasti lebih selamat malah dapat menampung kenderaan berat.

“Secara tidak langsung, kerosakan jalan di kampung berkenaan juga dapat diselesaik­an apabila ia boleh dilalui oleh jentera berat bagi kerja penyelengg­araan.

“Saya minta penduduk bersabar kerana projek menaik taraf jambatan usang itu dan penurapan jalan akan dilaksanak­an dalam masa terdekat,” katanya.

 ??  ?? RIPIN melakukan tinjauan ke lokasi Jambatan
Kampung Subak.
RIPIN melakukan tinjauan ke lokasi Jambatan Kampung Subak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia