Harian Metro

TOYOTA VIOS MENGANCAM

Rekaan dengan pelbagai teknologi terkini

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Sebut saja Toyota Vios, kenderaan ini tidak perlu diperkenal­kan lagi kerana memang sudah dikenali tidak saja di negara ini, malah menjadi pilihan pemandu di Thailand dan Indonesia.

Namun, kali ini model popular itu hadir dengan beberapa siri penambahba­ikan yang memungkink­an jualannya terus melonjak.

Peluang memandu uji secara ringkas model generasi ketiga ini dari

Ibu Pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam, Selangor ke Desaru, Johor membolehka­n penulis merasai keistimewa­an jentera ini.

Melihat pada rekaan luaran, ternyata beberapa penambahba­ikan menjadikan varian terbaharu ini lebih sporty berbanding sebelum ini. ra yang paling jelas

ang lebih tirus dengan fungsi Follow me Home yang mengapit gril memaparkan logo Toyota.

Bahagian bampar menempatka­n lampu nyalaan siang LED lampu kabus.

Tiga varian diperkenal­kan iaitu J, E, dan G dengan spesifikas­i berbeza.

Kali ini, penulis memandu uji varian 1.5G, varian tertinggi yang memiliki spesifikas­i penuh termasuk skirting sekeliling.

Selain itu, varian ini hadir dengan lampu utama projector, lampu kombinasi belakang LED, cermin sisi autolipat, gril hadapan berwarna bersadur, lampu kabus belakang dan rim aloi 16 inci.

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan mengenai kenderaan jenama Toyota ini ialah pengendali­annya.

Sepanjang memandu uji varian terbaharu ini, penulis dapat merasai sendiri kualiti sehingga menjadi antara sedan bukan nasional paling popular.

Tambahan pula, tahap bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) mungkin adalah terbaik dalam kelasnya.

Memecut di lebuh raya, jalan raya biasa atau laluan berselekoh bukan masalah.

Ruang dalaman juga diperkemas­kan dengan kabin berwarna gelap, tempat duduk balutan kulit, skrin Optitron bersama paparan skrin pelbagai maklumat TFT bersaiz 4.2 inci.

Pendingin hawa automatik dan skrin DVDAVX dengan USB Mirroring 6.8 inci memastikan perjalanan kekal selesa.

Mengenai nadi kuasa pula, Vios generasi ketiga ini masih didorong enjin 1.5L 16 injap DOHC VVT-i bersama transmisi automatik CVT dengan mod Sport Sequential Shiftmatic tujuh kelajuan.

Jentera ini menawarkan kuasa 107 PS pada 6,000 rpm, manakala tork maksimum 140 Nm pada 4,200 rpm.

Satu ciri menarik varian ini adalah Panoramic

View Monitor (PVM) yang membolehka­n pemandu melihat setiap sudut kereta pada pandangan 360 darjah.

Sistem ini memudahkan pemandu ketika melalui jalan sempit atau memasuki parkir.

Toyota Vios ditawarkan pada harga bermula RM77,200 bagi model asas 1.5J, RM81,200 (1.5E) dan RM87,300 bagi varian 1.5G.

 ??  ?? PENGENDALI­AN terbaik dalam
kelasnya.
PENGENDALI­AN terbaik dalam kelasnya.
 ??  ?? PERJALANAN ketika hujan tidak membimbang­kan.
PERJALANAN ketika hujan tidak membimbang­kan.
 ??  ?? BAHAGIAN belakang kemas.
BAHAGIAN belakang kemas.
 ??  ?? REKAAN hadapan
sporty.
REKAAN hadapan sporty.
 ??  ?? PVM memberi imej lebih jelas.
PVM memberi imej lebih jelas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia