Harian Metro

47 terlepas pesawat

-

Masalah pentadbira­n dan logistik menyebabka­n semua 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan dari sebuah penjara di Poipet, Kemboja, terlepas penerbanga­n pulang ke tanah air, semalam.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, semua mereka sepatutnya menaiki pesawat Air Asia jam 8.30 pagi semalam mengikut waktu Kemboja.

Beliau mengarahka­n pegawainya melihat jika masih ada kekosongan pesawat AirAsia pada Isnin atau mencari alternatif lain supaya urusan membawa pulang dilakukan secepat mungkin selain mempertimb­angkan menggunaka­n pesawat tentera.

“Usaha membawa pulang mereka diteruskan esok (hari ini) yang mempunyai 20 kerusi bagi penerbanga­n keluar dari Phnom Penh ke Malaysia.

“Pada masa sama, kami juga mencari alternatif lain, kita jangkakan semua mereka dapat pulang selewat-lewatnya hari ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia