Harian Metro

TAK SABAR NAK BALIK

Semua rakyat Malaysia ditempatka­n di hotel sebelum proses dokumentas­i selesai

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Keceriaan jelas terpancar di wajah 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan dari penjara di Poipet, Kemboja, dan menanti detik pulang ke tanah air.

Seramai 47 rakyat negara ini berusia 19 hingga 44 tahun dibebaskan jam 6.30 petang kelmarin, selepas mendapat persetujua­n kerajaan Kemboja.

Sumber berkata, semua rakyat Malaysia terbabit menginap di sebuah hotel di daerah berkenaan sementara menanti proses dokumentas­i selesai dijalankan pegawai Kementeria­n Luar.

Katanya, sebaik semua proses itu selesai, mereka pulang ke tanah air menggunaka­n pesawat komersial.

“Kini proses dokumentas­i giat dijalankan dan berharap ia selesai secepat mungkin.

“Rakyat kita bersemanga­t dan ceria untuk pulang ke Malaysia dan bertemu dengan keluarga masing-masing,” katanya, semalam.

Kelmarin adalah detik menggembir­akan bagi 47 rakyat Malaysia selepas kerajaan Kemboja menerusi Perdana Menterinya Hun Sen bersetuju membebaska­n mereka. Keputusan itu dicapai hasil rundingan konsisten antara Kemboja dengan kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra dan kerajaan Sarawak dalam usaha membebaska­n 47 rakyat negara ini selepas 65 hari ditahan tanpa perbicaraa­n.

Semua yang ditahan ke Kemboja Oktober lalu mendakwa diperdaya sindiket selepas ditawarkan pekerjaan oleh ‘agensi pekerjaan’ di negara ini.

Mereka dijanjikan gaji dalam dolar Amerika bekerja sebagai jurujual bagi produk elektronik terkemuka.

Namun, impian mereka musnah selepas ditahan polis negara berkenaan pada 11 Disember lalu di sebuah rumah mewah kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian.

 ??  ?? ANTARA 47 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagan­gan manusia bergambar bersama Menteri Kanan Tugas Tugas Khas Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan dan Ketua NGO Antarabang­sa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican selepas dibebaskan, petang kelmarin.
ANTARA 47 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagan­gan manusia bergambar bersama Menteri Kanan Tugas Tugas Khas Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan dan Ketua NGO Antarabang­sa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican selepas dibebaskan, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia