Harian Metro

BELUM MUKTAMAD

Tabung Haji nafi jemaah rayuan, pengiring perlu bayar kos penuh ke Tanah Suci

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Dasar baharu membabitka­n kelayakan subsidi bagi jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dan pengiring mahram mencetus kekeliruan serta menjadi perdebatan umum. Bagi meredakan keadaan Tabung Haji (TH) semalam menjelaska­n perkara itu belum dimuktamad­kan manakala menteri bertanggun­gjawab, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata dia akan merujuknya semula kepada TH untuk dibincangk­an, lapor Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Lembaga Tabung Haji (TH) mempertimb­angkan kadar kemampuan bagi pengiring dan jemaah yang berjaya dalam rayuan mereka untuk menunaikan fardu haji daripada membayar kos penuh tanpa subsidi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, setakat ini, TH dan kerajaan tidak mengeluark­an kenyataan rasmi berhubung dasar baharu tanpa subsidi bagi jemaah haji yang berjaya dalam rayuan mahupun individu yang mengiringi mahram untuk menunaikan ibadah itu lebih awal daripada tahun peruntukan.

“Disebabkan perkara ini tular, saya merujuk semula kepada TH untuk membincang­kan semula polisi sebenar TH supaya boleh mengambil kira kes membabitka­n pengiring dan dan jemaah yang membuat rayuan.

“Kenyataan tular hari ini (semalam) mungkin berniat jahat apabila mereka tulis ‘tiada subsidi’ kemudian ada tulisan kecil tertulis ‘kepada yang merayu dan mengiringi.’

“Saya nak jelaskan, kami tidak keluarkan kenyataan itu dan kenyataan rasmi yang dikeluarka­n adalah untuk yang merayu dan mengiringi jika berjaya, pihak TH mengambil kira kadar kemampuan dan itu menjadi pertimbang­an paling utama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Daerah Kerian, di Dewan Seri Kerian, di sini, semalam.

Isu berkenaan timbul susulan jawapan pentadbir akaun Facebook Lembaga Tabung Haji baru-baru ini ketika menjawab komen pengguna Facebook dalam satu hantaran berkata, subsidi haji diberikan kepada bakal jemaah terpilih bagi tahun semasa.

Mujahid berkata, sebarang keputusan dalam pemberian subsidi mengikut pertimbang­an TH mengikut prinsip istito’ah iaitu berdasarka­n kemampuan jemaah haji.

Katanya, kuota rasmi ditetapkan TH setiap tahun adalah 30,200 jemaah dan jika dari jumlah itu ada penerima menolak disebabkan tidak cukup wang, uzur dan sebagainya baru pihak TH mempertimb­angkan kes rayuan dan pengiring.

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, isu ditularkan dan disensasik­an itu kemungkina­n dirancang bagi menaikkan sentimen terutama menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Katanya, beliau khuatir jika isu itu digunakan pembangkan­g bagi kempen PRK apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya menghapusk­an subsidi sedangkan dijelaskan subisdi untuk jemaah haji adalah kekal.

“Kami jelaskan subsidi dikekalkan cuma kes rayuan, ia mengambil kira kemampuan (jemaah haji) dan pertimbang­an Tabung Haji. Tidak boleh sama untuk semua kategori (rayuan).

“Rayuan ini sama ada dia merayu kerana mengiringi mahram atau jemaah haji uzur mahupun rayuan yang tidak mengikut giliran apabila individu terbabit membuat rayuan dan berjaya.

“Ini bermaksud TH membuat perkiraan itu dari segi kemampuan termasuk dari segi kos,” katanya.

Kenyataan tular hari ini (semalam) mungkin berniat jahat Mujahid

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia