Harian Metro

4 MAHU BERGELAR YB

- Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

Empat calon sah ‘berentap’ bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 2 Mac ini.

Bagaimanap­un, saingan empat penjuru itu dijangka sengit sepanjang tempoh berkempen antara calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman

Zainal, 30, yang mempertaha­nkan kerusi berkenaan dimenangi bapa mentuanya Allahyarha­m Bakhtiar Mohd Nor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu dengan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi, 58.

Misi Zakaria, seorang aktivis masyarakat ialah merampas kembali kerusi berkenaan yang juga kawasan tradisi BN sebelum tewas kepada PH pada PRU lalu.

Pengesahan pencalonan mereka diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Semenyih Datuk Mohd Sayuthi Bakar selepas tamat tempoh penyerahan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon, Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) pada jam 10 pagi, dekat sini, semalam.

Turut disahkan bertanding ialah Nik Aziz Afiq Abdul, 25, mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Bebas iaitu Presiden

Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia Kuan Chee Heng, 54, atau lebih dikenali sebagai Pakcik Kentang.

Muhammad Aiman menyerahka­n borang pencalonan­nya pada jam 9.03 pagi diikuti

Zakaria pada jam 9.05 pagi.

Sementara pegawai Sururuhanj­aya Pilihan Raya (SPR) menerima borang pencalonan Nik Aziz yang juga ahli perniagaan pada jam 9.10 pagi dan Kuan pada jam 9.10 pagi.

Kedudukan calon-calon dalam kertas undi didahului Zakaria diikuti Muhammad Aiman, Kuan dan Nik Aziz.

DUN Semenyih mempunyai 54,503 pemilih layak mengundi mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskin­i sehingga 11 Januari lalu.

Berdasarka­n pecahan pengundi mengikut kaum, pemilih Melayu adalah pengundi paling ramai iaitu sebanyak 36,859 (67.63 peratus) diikuti Cina (9,034/16.58 peratus), India (7,577/13.9 peratus), Bumiputera Sabah (182/0.33 peratus), Bumiputera Sarawak (127/0.23 peratus), Orang Asli (289/0.53 peratus) dan lain-lain (435/0.80 peratus).

SPR menetapkan tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari sebelum hari pengundian pada 2 Mac ini manakala pengundian awal ialah 26 Februari ini.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian Bakhtiar yang meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU-14 lalu, Bakhtiar menewaskan penyandang kerusi itu dari BN, Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelva­n mewakili PSM.

 ??  ?? KUAN
KUAN
 ??  ?? MUHAMMAD Aiman
MUHAMMAD Aiman
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia