Harian Metro

LELAKI TERSETIA

Pasangan terpisah selepas dua tahun jalin hubungan pada 1999 disatukan pada program pernikahan beramai-ramai

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

Siapa sangka cinta yang terputus di tengah jalan kembali bertaut selepas hampir 20 tahun, malah lebih manis ia diikat dengan pernikahan.

Penantian Khairul Mizan Mohamad, 44, untuk memperiste­rikan Suriati Mohd Yusoff, 46, berakhir apabila mereka disatukan pada program pernikahan beramai-ramai di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini, semalam.

Mereka antara 24 pasangan yang diraikan dalam suasana cukup meriah anjuran Nazz Boutique & Bridal House dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP).

Mengimbau kembali perkenalan mereka, Khairul Mizan berkata, dia mengenali Suriati pada 1999 menerusi ruangan peminat di dalam sebuah majalah hiburan.

Bermula daripada itu, mereka mula berutus surat dan bertukar gambar serta beberapa kali keluar.

Namun hubungan mereka terputus selepas dua tahun apabila masing-masing membawa haluan sendiri.

“Ketika itu hendak dikatakan kami bercinta tidak juga kerana masing-masing masih muda, saya berusia 24 tahun manakala Suriati pula 26 tahun. Mungkin kami serasi untuk berkawan.

“Entah apa sebabnya persahabat­an kami menjadi renggang dan masing-masing terputus hubungan,” katanya ditemui.

Menurut Khairul Mizan, lima bulan lalu mereka berjumpa secara tidak sengaja menerusi laman sosial Facebook dan kembali menjalinka­n hubungan.

“Suriati mengaku berpisah dengan bekas suaminya dan mempunyai dua anak berusia 10 tahun dan 15 tahun. “Saya menerima diri dia seadanya, malah saya membahasak­an diri sebagai abah kepada anaknya,” katanya yang tidak pernah berkahwin sebelum ini.

Khairul Mizan mengakui bukan tidak pernah menjalinka­n hubungan dengan wanita lain namun mungkin sudah tertulis jodohnya bersama Suriati.

Sementara itu, Suriati berkata, dia berasa seolah bermimpi dan tidak percaya apabila disatukan dengan insan tersayang selepas 20 tahun terpisah.

Katanya, dia terharu kerana Khairul Mizan sanggup menerimany­a yang berstatus ibu tunggal dan melayan dua anaknya dengan baik.

“Suami seorang yang setia dan ikhlas, malah sanggup menunggu saya biarpun terpisah selama 20 tahun.

“Saya sebenarnya tidak mempunyai perancanga­n untuk berkahwin semula selepas berpisah dengan bekas suami 10 tahun lalu namun takdir yang menentukan segalanya apabila kami disatukan hari ini (semalam),” katanya.

Suriati yang menetap di FELDA Chini Timur Tiga, Pekan berkata, dia berharap perkahwina­n kali keduanya itu kekal.

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRUL dan Suriati pada majlis p e r ka hw i n a n b e ra m a i - ra m a i di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, se m a l a m .
KHAIRUL dan Suriati pada majlis p e r ka hw i n a n b e ra m a i - ra m a i di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, se m a l a m .
 ??  ?? PASANGAN pengantin yang menyertai program pernikahan beramai-ramai diraikan dalam suasana cukup meriah.
PASANGAN pengantin yang menyertai program pernikahan beramai-ramai diraikan dalam suasana cukup meriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia