Harian Metro

54 SAAT ‘PEGANG’ NYAWA DALAM LIF

Wanita disamun dalam lif turut dibelasah bertubi-tubi

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@nstp.com.my

Ditumbuk, ditendang dan diseret. Itu nasib wanita yang disamun seorang lelaki di dalam lif Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa berusia 48 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki pengangkut­an awam itu.

Insiden samun itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan yang tular selepas dimuat naik di media sosial sejak malam kelmarin.

Rakaman video berdurasi 54 saat itu menunjukka­n suspek mengekori mangsa yang bersendiri­an masuk ke dalam lif.

Suspek terus menumbuk mangsa beberapa kali sebelum menarik rambut dan menendang wanita itu.

Ketika lif berhenti seketika di tingkat lain, suspek berhenti memukul mangsa dan berpura-pura berdiri sambil sebelah tangannya masih memegang rambut wanita terbabit.

Suspek kemudian menekan butang menutup pintu lif berkenaan sebelum membelasah semula mangsa.

Lelaki itu mengambil beg tangan dan dompet mangsa sebelum melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, ketika kejadian, mangsa masuk ke dalam lif berkenaan bersama suspek sebelum dibelasah bertubi-tubi oleh lelaki berkenaan.

“Suspek melarikan dompet mangsa mengandung­i kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN CCTV kejadian samun dan pukul di lif Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras.
RAKAMAN CCTV kejadian samun dan pukul di lif Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia