Harian Metro

KECOH DI PINTU SEMPADAN

- Suzalina Halid dan Zuliaty Zulkifli am@hmetro.com.my

 Orang tengah tak puas hati pelaksanaa­n Op Bersepadu bertindak tutup pintu masuk Malaysia-Thailand

Tindakan orang tengah dipercayai dari Thailand melakukan protes dengan menutup pintu pagar di sempadan Malaysia menyebabka­n kawasan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di sini, kecoh kira-kira 15 minit semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah Zuhair Jamaludin berkata, orang tengah dari Thailand itu sebenarnya dipercayai mahu menutup pintu sempadan negara berkenaan selepas tidak berpuas hati dengan pelaksanaa­n Op Bersepadu dijalankan pihak berkuasa tempatan namun tersilap apabila tidak sengaja tertutup pintu sempadan Malaysia.

Beliau berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu menyebabka­n ramai pelancong khususnya pemandu treler buntu sebelum pihak berkuasa membuka semula pintu sempadan berkenaan selepas menerima laporan, kira-kira 15 minit kemudian.

“Ia sebenarnya kes tidak puas hati membabitka­n orang tengah dari Thailand dengan operasi bersepadu dijalankan...bukannya pegawai kita yang tutup pintu sempadan itu. Mereka mahu tutup pintu sempadan Thailand, tetapi tersilap dengan menutup pintu sempadan kita.

“Kemungkina­n mereka keliru dengan kedudukan pintu sempadan itu yang terletak selepas ICQS Bukit Kayu Hitam. Ramai juga yang terjejas khususnya pemandu treler kerana mereka tersekat di situ namun ramai yang turut berkumpul sebagai penonton.

“Bagaimanap­un, keadaan terkawal kerana kami bertindak segera selepas menerima laporan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas beberapa gambar menunjukka­n orang ramai berkumpul di sempadan berikutan penutupan pintu pagar berkenaan yang tular di laman sosial.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai berkumpul di hadapan pintu masuk Malaysia-Thailand berikutan penutupan oleh orang tengah di Thailand.
ORANG ramai berkumpul di hadapan pintu masuk Malaysia-Thailand berikutan penutupan oleh orang tengah di Thailand.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia