Harian Metro

KELAB GOLF PELAJAR TAHFIZ

Pengurusan MTNP sedia 8 jurulatih berpengala­man

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Melihat seseorang yang bertudung labuh memukul bola golf mungkin kelihatan agak janggal bagi sesetengah orang namun bagi pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) ia adalah pemandanga­n biasa.

Sukan golf antara sukan berimpak tinggi yang diperkenal­kan pengurusan maahad berkenaan bermula tahun lalu.

Bagi Nur Izzatul Husna Mohd Sazeri, 17, dia tidak kisah pandangan masyarakat sekeliling yang mungkin pelik melihatnya memilih sukan itu.

Baginya, tidak ada salahnya mencuba sukan yang jarang menjadi pilihan ramai dan lazimnya dimonopoli golongan lelaki itu.

“Bukan tidak pernah ada individu memerhati saya dengan pandangan pelik apabila berlatih di luar namun ia tidak sedikitpun mematahkan semangat saya.

“Saya gemar mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan dan merasakan ini adalah platform bagi saya untuk ‘mengenali’ sukan ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, ibu dan ayahnya sentiasa memberi sokongan kepadanya meskipun pada mulanya mereka agak hairan mengapa saya memilih sukan berkenaan.

Anak kedua dari tiga beradik ini berkata, meskipun masih ‘hijau’ dalam sukan itu, tetapi dia pernah mewakili MTNP dalam Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) 2018 dan menduduki tempat ketiga.

Menjadikan Tiger Woods sebagai idolanya, pelajar tingkatan lima ini mengakui sukan itu sedikit sebanyak membantuny­a untuk fokus dalam pembelajar­annya.

Lebih mengagumka­n dia bukan sahaja aktif dalam sukan, tetapi juga dalam bidang akademik apabila berjaya khatam menghafal al-Quran pada 28 November 2017.

Seorang lagi pelajar, Nadhil Alias, 15, berkata sukan berkenaan lebih santai berbanding sukan lain dia ia dijadikan satu medium baginya untuk melepaskan tekanan.

“Saya sememangny­a minat sukan ini sejak kecil lagi dan sentiasa mendapat sokongan dari keluarga, saya menyimpan impian untuk pergi lebih jauh dalam sukan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP Datuk Dr Zulkifle Ali berkata, program golf diperkenal­kan tahun lalu dan diperkasak­an tahun ini dengan menyediaka­n kemudahan seperti lapangan sasar (driving

range) dan padang golf mini tiga lubang.

Katanya, program berkenaan adalah inisiatif Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ketika menjadi Pemangku Raja Pahang untuk mengimbang­i pelajar institusi itu dengan emosi, intelektua­l, spiritual dan jasmani.

“Kita membangunk­an kawasan di tapak seluas 2.4 hektar dengan kos RM190,000 dan kita ada 20 pelajar mengikuti latihan golf dan dikendalik­an lapan jurulatih berpengala­man.

“Ia adalah sukan kedua berimpak tinggi disediakan di MTNP selepas ekuestrian yang berjaya melahirkan jaguh mengharumk­an nama negara di peringkat antarabang­sa, kalau boleh kita mahu melahirkan pemain golf terhebat dalam kalangan huffaz,” katanya.

Beliau juga yakin sukan golf mampu membantu melahirkan huffaz kerana ia turut menerapkan nilai penting seperti fokus, kemahiran, disiplin, jujur dan penampilan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR MTNP ketika menjalani sesi latihan golf.
PELAJAR MTNP ketika menjalani sesi latihan golf.
 ??  ?? Saya gemar mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan dan merasakan ini adalah platform bagi saya untuk ‘mengenali’ sukan ini”
Nur Izzatul Husna
Saya gemar mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan dan merasakan ini adalah platform bagi saya untuk ‘mengenali’ sukan ini” Nur Izzatul Husna

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia