Harian Metro

Tertawan gaji ditawar ejen ghaib

-

Kuching: Ejen ‘halimunan’ berselindu­ng di sebalik aplikasi WeChat untuk segala urusan pembayaran pendahulua­n dan kos tiket penerbanga­n termasuk licik menjanjika­n pekerjaan bersama tawaran gaji lumayan.

Pihak terbabit juga cekap mengaburi mangsa dengan meletakkan iklan di bawah carian jawatan kosong dalam aplikasi komunikasi berkenaan.

Segala kos penerbanga­n mereka ditanggung termasuk menghantar slip tiket penerbanga­n ke telefon bimbit mangsa dan hanya perlu menyediaka­n pasport serta daftar masuk di lapangan terbang.

Tiada siapa daripada 47 mangsa tahanan di Penjara Wilayah Beantey Mancheay, Kemboja, selama 65 hari, pernah bersemuka individu yang bertanggun­gjawab memperalat mereka sehingga didakwa terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian.

Mangsa, Abdul Mustaqqim Abdul Karim, 24, ketika mengesahka­n perkara berkenaan berkata, sindiket secara halus mengiklank­an tawaran kerja bergaji lumayan itu dengan dirinya ditawarkan gaji berjumlah AS$1,200 bersamaan RM4,901 sebulan.

“Siapa yang tidak tertawan dengan gaji yang begitu lumayan. Saya ditawarkan bekerja sama dalam bidang perhotelan dan sebagai tukang masak.

“Namun, apabila sampai di Kemboja pada Oktober tahun lalu, lain pula ceritanya kerana saya dan puluhan lagi rakyat Malaysia dikumpul dalam dua rumah banglo di Poipet.

“Kami (rakyat Malaysia) tidak dapat bercakap antara satu sama lain dan hanya berjumpa jika tiba waktu makan. Setiap gerak-geri kami dipantau dengan setiap pintu bilik dipasang kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Abdul Mustaqqim berkata demikian ketika ditemui selepas tiba dengan pesawat sewa khas Airbus 320-214 JC Internatio­nal Airlines di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Sementara itu, Nur Muhammad Arif

Bokhari, 23, berkata, dia juga ditawarkan gaji lumayan dengan bekerja dalam bidang perhotelan di negara berkenaan.

“Sejurus tiba di banglo itu, telefon bimbit serta pasport dirampas dan kami dibenarkan berhubung dengan ahli keluarga seminggu sekali.

“Pengalaman ditahan di banglo dan dipenjara lebih 60 hari begitu perit dan biarlah kami ingatinya sampai ke akhir hayat,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Nur Mardiana Mohamad

Hamzah, 25, berkata, pengalaman menimpa 47 rakyat Malaysia itu wajar dijadikan ikhtibar pada masa depan supaya tidak mudah terpedaya.

“Sedih ada gembira ada, pengalaman dua bulan ditahan di penjara begitu susah, kami dihidang lauk busuk dan air kosong,” katanya.

 ?? FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR, NADIM BOKHARI DAN MOHD RADZI BUJANG ?? ABDUL Mustaqqim dipeluk ahli keluargany­a sebaik disatukan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam selepas lebih 60 hari ditahan di Kemboja.
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR, NADIM BOKHARI DAN MOHD RADZI BUJANG ABDUL Mustaqqim dipeluk ahli keluargany­a sebaik disatukan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam selepas lebih 60 hari ditahan di Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia