Harian Metro

Tak sempat selamatkan diri

 Mangsa nahas ditemui rentung dalam kereta langgar pokok

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@nstp.com.my

Seorang lelaki ditemui rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan PJU 1A/1 menghala ke Jalan Lapangan Terbang Subang (LTAAS), di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa terbabit dikenali sebagai Voon Tse Lik, 29.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumah saudaranya bagi menghadiri majlis makan malam bersama ahli keluargany­a sebelum dilaporkan terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.50 pagi.

“Siasatan awal mendapati kereta BMW dipandu mangsa terbabas di tepi Jalan PJU 1A/1 dan melanggar pokok sebelum terbakar.

“Kebakaran itu dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya 15 minit kemudian.

“Pemandu kereta itu ditemui dalam keadaan rentung 100 peratus,” katanya.

Mohd Zani berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nazreen Nasharuddi­n di talian 010-2105101.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia