Harian Metro

‘Kami tak sindir sesiapa’

- Ardini Sophia Sina am@hmetro.com.my

 Vokalis nafi klip video lagu Drama guna isu tular demi raih populariti

Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza menegaskan paparan jalan cerita pada video muzik lagu baru mereka berjudul Drama hanya rekaan dan tiada kaitan dengan mana-mana individu.

Sejak dilancarka­n Jumaat lalu, warganet mulai menyerang Instagram penyanyi itu dengan kata-kata kurang menyenangk­an.

Ramai yang menuduh Aepul mempersend­akan individu terbabit dan sengaja menggunaka­n isu berkenaan bagi meraih populariti.

Katanya, lirik mengisahka­n subjek yang rela ditipu atau dipermaink­an subjek lain dan itu mesej yang cuba disampaika­n.

“Mereka yang melihat secara positif memahami dengan jelas apa kami sampaikan. Bukan popular yang kami kejar. Kami cuma mahu sampaikan mesej menerusi lagu.

“Jalan cerita ini rekaan dan mungkin berkait rapat dengan apa yang mereka sangka. Kami tinggalkan sangkaan itu pada mereka untuk putuskan. Bukan kami yang tentukan.

“Kami cuma hidangkan bahan asas untuk mereka memasak, mereka yang tentukan masakan apa terhasil. Bukan sengaja membuka luka, cuma sedikit cerita yang mewakili kisah lagu kami,” katanya.

Video muzik itu tidak hanya menarik perhatian umum, tetapi juga mendapat respon Haneesya Hanee, Erniesha serta penyanyi Haqiem Rusli yang memuat naik rasa tidak puas hati mereka di media sosial.

Haneesya menyatakan perkara itu membuatkan­nya tertekan manakala Erniesha dan Haqiem mengatakan ia jelas menunjukka­n buli siber.

Disebabkan perkara itu, warganet tidak hanya menyerang Aepul, malah isterinya, Leez Rosli turut menerima tempias sama.

Katanya, berbalik pada pada awal video muzik itu, ia hanya rekaan dan mereka juga tidak menyebut mana-mana nama atau jenama.

“Pada saya, buli siber adalah bentuk buli secara terus dan berniat menyakiti sedangkan kami tiada niat begitu.

“Isteri turut terkena tempias. Tidak adil mengaitkan isteri saya dan menyakitin­ya sehingga ada mendoakan yang tidak baik pada anak kami. Harap anda berhenti.

“Ini sebenarnya dikatakan buli siber. Menyakiti secara terus dan tepat, walaupun menggunaka­n akaun palsu,” katanya.

Terdahulu, berdasarka­n video muzik berkenaan, babak perempuan menang pertanding­an lalu berparti di kelab malam dan seterusnya memulangka­n tiara kemenangan disamakan dengan Haneesya manakala paparan seorang lelaki berkaca mata hitam mencari cara memalsukan kemurungan di Google pula dikaitkan dengan Haqiem.

Pada babak lain dipertonto­nkan wanita bertudung yang kemudian menanggalk­an hijabnya dan membuka zip jaket memperliha­tkan pakaian dalam itu pula disamakan dengan Erniesha.

Seorang daripada tiga pengguna akaun media sosial yang didakwa memfitnah penyanyi, Misha Omar berkaitan kes menggunaka­n sihir pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) menghubung­i wakil peguam penyanyi itu, kelmarin.

Peguam Misha iaitu Ahmad Fuad Hasim berkata, lelaki itu bersedia memenuhi tuntutan permohonan maaf seperti dinyatakan Misha atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Omar pada sidang media tergempar Jumaat lalu.

“Buat masa ini ada seorang menghubung­i kami untuk memenuhi tuntutan permohonan maaf. Namun, individu itu belum lagi berjumpa anak guam kami

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia