Harian Metro

Billy tunjuk reaksi positif

-

Kuala Lumpur: “Billy (William Daud Mckienzie) buka mata dan boleh bernafas tanpa alat bantuan pernafasan.

“Cuma, dia masih ditempatka­n di unit rawatan rapi (ICU),” kata pelakon, Lana Nodin, 40, mengenai anak keduanya berusia dua bulan, William Daud Mckienzie yang selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, Khamis lalu.

William menjalani prosedur akibat masalah injap sempit

sejak lahir.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata, anaknya juga boleh minum susu dan memberikan reaksi positif.

“Alhamdulil­lah, Billy beri maklum balas positif. Sejak semalam, saya beri dia susu badan meskipun menggunaka­n tiub. Dia juga buang air besar.

“Insya-Allah, hari ini (semalam) baru jumpa doktor. Kalau semua okey, Billy dipindahka­n ke wad biasa.

“Saya juga dimaklumka­n, Billy sangat aktif. Kalau terjaga, dia nak ada orang berborak dengannya. Sebab, biasanya saya memang suka ajak berborak dan dia ajuk semula,” katanya.

Menurut Lana, anak sulungnya Gia Quinn McKienzie, tiga tahun mulai merindui adiknya.

“Sejak Billy di hospital, Gia tak pernah jumpa adik. Saya memang tak bawa dia datang hospital.

“Setiap hari dia tanya terutama bila tengok katil adiknya. Semalam saya tunjuk gambar Billy ketika dalam ICU, Gia terus menangis. Dia cakap kasihan adik sebab sakit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia