Harian Metro

Suhaimi disingkir dari konsert

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Suhaimi Saad yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam direhatkan daripada Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM yang bakal berlangsun­g di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), 20 April ini.

Wakil penganjur yang juga pengarah KGM Event, Mahmud Fahrurraze­y berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsung­an penganjura­n konsert amal itu.

Katanya, pihaknya sedia maklum kontrovers­i melanda Suhaimi berhubung beberapa kenyataan yang berbaur provokasi sehingga bukan saja menerima reaksi kurang senang dalam kalangan netizen, malah turut mendapat liputan meluas di media massa.

“Selaku penganjur, kami kesal perkara ini menjadi isu besar sehingga mencetuska­n perang mulut membabitka­n banyak pihak dan Suhaimi yang kami hormati secara peribadi.

“Demi kelangsung­an penganjura­n konsert amal ini, kami sepakat merehatkan Suhaimi daripada konsert kali ini.

“Keputusan ini juga diambil bagi memberi ruang kepadanya atas persetujua­n bersama dengan kedua-dua pihak setelah berbincang dengan teliti,” katanya.

 ??  ?? SUHAIMI
SUHAIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia