Harian Metro

Individu fitnah Misha minta maaf

-

(Misha) untuk minta maaf secara berdepan.

“Kami menunggu individu lain yang mengeluark­an kenyataan fitnah untuk tampil supaya sesi permohonan maaf ini boleh dibuat sekali gus.

“Kami juga menunggu hasil laporan polis serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Terdahulu, individu dikenali sebagai Zahar memuat naik status permohonan maaf di Instagram Story Khamis lalu, namun ia tidak dinyatakan permohonan maaf ditujukan kepada siapa.

“Assalamual­aikum, pada malam ini saya ingin membuat kenyataan memohon maaf kepada individu ini. Pada masa itu saya tidak berfikir panjang.

“Saya bukan mahu populariti dan dikenali dengan statement yang dikeluarka­n kelmarin. Saya tidak mahu panjangkan cerita ini kerana pada masa itu saya tidak dapat menerima kenyataan.

“Saya harap pihak sebelah sana tidak keluarkan kata-kata tidak sopan lagi dan kenyataan di Meletop tadi berfikir manusia semua melakukan kesilapan. Saya memohon maaf sekali lagi,” tulisnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia