Harian Metro

KDN pantau jualan al-Quran secara online

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) memantau modus operandi tiga pihak yang menjual al-Quran secara dalam talian tanpa mendapat kelulusan kementeria­n.

Setiausaha Bahagian Penguatkua­saan dan Kawalan KDN, Mohd Nawardi Saad berkata, sebahagian besar naskah al-Quran yang dijual secara dalam talian datang dari negara jiran yang didapati tidak memenuhi syarat dari segi standard percetakan di Malaysia.

“Siasatan kami mendapati penjual atau ejen terbabit membeli al-Quran dari negara jiran yang sebahagian besar tidak memohon lesen import dari KDN menyebabka­n ia tidak dapat disemak oleh kami.

“Di Malaysia, percetakan naskah al-Quran berdasarka­n sistem percetakan Arab Saudi dipanggil Rasm Uthmani. Tetapi, negara tetangga kita mempunyai standard percetakan berbeza dan dari segi tanda waqaf (tanda untuk menghentik­an bacaan sebentar) dan ibtida (tanda untuk menyambung semula bacaan) juga berbeza daripada apa yang kita gunakan di sini,” katanya.

Beliau menegaskan mereka yang menjual naskah al-Quran tanpa kelulusan KDN boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 8 (1) (d) Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.

Mohd Nawardi berkata, pihaknya belum membuat tangkapan, tetapi aktiviti pihak terbabit dalam pemerhatia­n, di samping mengumpulk­an maklumat dan bukti sebelum mengambil tindakan.

Dalam pada itu, beliau berkata, bahagianny­a terus menjalanka­n pemeriksaa­n di premis perniagaan, pejabat pos dan pintu masuk negara untuk memastikan tidak ada naskah al-Quran tanpa kelulusan KDN dijual kepada orang ramai.

Beliau menjelaska­n naskah al-Quran yang dapat kelulusan KDN mempunyai cetakan cop khas berwarna biru dalam tulisan jawi ‘Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran memperakui ayat al-Quran terkandung di dalam teks ini adalah betul’, di samping KDN menambah ciri baru dengan kod QR dan hologram. - BERNAMA

 ??  ?? MOHD Nawardi
MOHD Nawardi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia