Harian Metro

Usah terpedaya maklumat tersebar

-

Ipoh: Bakal jemaah haji diminta tidak mudah mempercaya­i maklumat disebarkan melalui media sosial khususnya WhatsApp, sebaliknya mendapatka­n maklumat rasmi daripada Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, orang ramai diminta tidak menularkan berita tidak betul berhubung jemaah haji atau TH kerana ia menimbulka­n pelbagai keraguan dan kesangsian terhadap kerajaan serta agensi berkenaan.

“Lebih penting (tidak mahu) ada orang ambil kesempatan dan panjangkan kisah, kononnya kerajaan tidak prihatin dengan Islam, mansuhkan subsidi (haji) tidak kira orang susah...bagi saya ia lebih kepada politik daripada betul-betul nak tolong orang susah (menerusi penyebaran maklumat palsu itu).

“Saya nasihat jangan tular perkara tidak betul, apatah lagi mungkin Pilihan Raya Kecil (PRK) (Semenyih), ada pihak yang sentiasa tunggang agama guna isu itu raih simpati dan sentimen kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak prihatin kepada jemaah haji,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina Masjid Muhammadia­h (Masjid Cina) di Taman Tasek Jaya di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia