Harian Metro

9 dicekup main judi bola golek Takdir Katya

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Sembilan kaki judi bersama tujuh penganjur yang bermain judi ‘bola golek’ tidak sempat melarikan diri apabila sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menyerbu dua lokasi kegiatan haram itu, malam kelmarin.

Serbuan dijalankan mulai jam 8 malam di dua lokasi berasingan iaitu di kaki lima deretan rumah kedai di Jalan Perigi Nenas, Taman Perindustr­ian Pulau Indah serta kawasan perumahan di Jalan Sungai Chandong 9, Bandar Armada Pulau Indah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, semua yang ditahan berusia 16 hingga 50 tahun terdiri daripada penduduk tempatan serta warga asing.

Katanya, lokasi berkenaan diserbu kerana dipercayai aktif dengan judi bola golek sejak dua bulan lalu.

Tertekan dengan masalah rumah tangga menyebabka­n seorang wanita warga Russia nekad terjun dari tingkat 25 sebuah kondominiu­m di Tanjung Bungah di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Katya, 36, ditemui mati dengan kedua-dua tangan serta kaki terkulai dan mukanya pecah di tingkat sembilan kondominiu­m berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum kejadian mangsa yang tinggal di Gurney Drive pergi ke kondominiu­m itu untuk bertemu rakannya.

“Mangsa ke rumah rakan wanitanya itu yang juga penuntut sebuah universiti di sini, jam 5 pagi sebelum memberitah­u dia tertekan kerana mempunyai masalah dengan suaminya.

“Rakannya mahu menghantar mangsa pulang, bagaimanap­un dia enggan dan rakannya itu masuk ke bilik air untuk mandi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Che Zaimani berkata, selepas keluar dari bilik air rakannya mendapati wanita terbabit tiada dalam

 Wanita warga Russia hadapi masalah rumah tangga nekad terjun tingkat 25 kondominiu­m

rumah.

“Rakannya ke luar rumah dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tertiarap di bawah blok kondominiu­m. Dia menghubung­i polis dan pegawai perubatan mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

“Setakat ini, kami masih mengesan waris iaitu suami mangsa yang berusia 60 tahun,” katanya.

 ??  ?? KATYA ditemui mati di tingkat sembilan kondominiu­m di Tanjung Bungah, semalam.
KATYA ditemui mati di tingkat sembilan kondominiu­m di Tanjung Bungah, semalam.
 ??  ?? KAKI judi yang ditahan leka bermain judi bola golek, kelmarin.
KAKI judi yang ditahan leka bermain judi bola golek, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia