Harian Metro

Wanita maut rempuh babi hutan

-

Kluang: Seorang wanita maut sejurus motosikal ditunggang­nya merempuh seekor babi hutan yang meluru mendadak ketika melalui Kilometer (KM) 4, Jalan Nyior-Kluang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kejadian berlaku jam 8 pagi semalam ketika mangsa, R Kogila, 29, menunggang motosikal bersendiri­an dari rumahnya di Taman Paloh, Paloh menuju bandar Kluang.

“Hasil siasatan mendapati seekor babi hutan melintas jalan menyebabka­n mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh haiwan berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terbabas ke kanan jalan sebelum terjatuh dengan kepalanya dipercayai terhentak di jalan raya menyebabka­n mangsa parah.

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian mengesahka­n mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala,” katanya.

Kejadian yang turut menjadi viral di media sosial menunjukka­n haiwan liar itu turut mati akibat kemalangan itu.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di KM 51.5, Jalan Batu Pahat - Mersing, seorang lelaki maut akibat parah di badan dan kepala sejurus motosikal ditunggang­nya terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam semalam, mangsa, R Ayyapan Pilal, 42, dipercayai dalam perjalanan ke bandar Kluang dari rumahnya di Taman Intan, di sini, sebelum motosikaln­ya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

 ??  ?? KELUARGA di sisi mayat mangsa yang melanggar babi hutan, semalam.
KELUARGA di sisi mayat mangsa yang melanggar babi hutan, semalam.
 ??  ?? BABI hutan yang mati dilanggar motosikal mangsa.
BABI hutan yang mati dilanggar motosikal mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia