Harian Metro

Dadah RM367,000 dalam bangsal

-

Tindakan seorang lelaki Myanmar menjadikan sebuah bangsal di kawasan pedalaman di Bedong di sini, sebagai stor penyimpana­n dadah terbongkar apabila ditahan polis bersama lebih 27 kilogram (kg) syabu dan heroin bernilai

RM367,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam serbuan jam 6.10 petang Khamis lalu, pihaknya menahan lelaki berusia 30 tahun itu sebelum menemui satu peket lutsinar disyaki syabu seberat 50 gram dan 60 peket dalam plastik besar disyaki heroin seberat 27kg.

“Suspek pemegang kad UNHCR (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian) dipercayai tinggal di bangsal berhampira­n kandang lembu di kawasan pedalaman itu untuk mengaburi mata polis.

“Ketika serbuan, suspek sempat merempuh pihak polis lalu berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit ditahan bersama bekalan dadah yang disimpan di situ,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, semalam.

 ??  ?? ADZLI (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas di sebuah bangsal di Bedong.
ADZLI (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas di sebuah bangsal di Bedong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia