Harian Metro

Si hitam masuk jerat

- Abnor Hamizam Abd Manap cnews@nstp.com.my

 Pemangsa baham 15 biri-biri rupanya antara spesies terancam

Harimau kumbang yang membaham 15 biri-biri di Kampung Geylang, Simpang Pertang, di sini, kelmarin berjaya ditangkap Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan, semalam.

Pengarah PERHILITAN Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, haiwan itu ditangkap pada jam 10 malam menggunaka­n perangkap besi yang dipasang di kawasan kampung berkenaan sejak dua minggu lalu.

“Kita menggunaka­n umpan seekor kambing hidup yang diletakkan di dalam sangkar berasingan bersebelah­an perangkap besi berkenaan.

“Bagaimanap­un, kita belum mengenal pasti jantina dan berat haiwan itu kerana masih menunggu prosedur rawatan dijalankan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar dan PERHILITAN negeri,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, beliau berkata, harimau itu adalah spesis terancam yang sukar ditemui dan dilindungi sepenuhnya mengikut jadual kedua Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Katanya, harimau kumbang itu akan dilepaskan kembali ke habitat asal selepas pemeriksaa­n dijalankan bagi memastikan spesis itu sihat.

Beliau

berkata,

siasatan susulan turut mendapati haiwan pemangsa itu masuk ke kandang melalui ruang antara bumbung dan dinding kandang milik pengadu.

“PERHILITAN sudah menutup

 ??  ?? HARIMAU kumbang yang masuk ke jerat dipasang PERHILITAN.
HARIMAU kumbang yang masuk ke jerat dipasang PERHILITAN.
 ?? Wan Mat Wan Harun ?? Harimau kumbang itu akan dilepaskan kembali ke habitat asal selepas pemeriksaa­n dijalankan bagi memastikan spesis itu sihat” ANGGOTA PERHILITAN Negeri Sembilan menggunaka­n perangkap besi untuk menangkap harimau kumbang.
Wan Mat Wan Harun Harimau kumbang itu akan dilepaskan kembali ke habitat asal selepas pemeriksaa­n dijalankan bagi memastikan spesis itu sihat” ANGGOTA PERHILITAN Negeri Sembilan menggunaka­n perangkap besi untuk menangkap harimau kumbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia