Harian Metro

ADA DEGUP TAPI LEMAH

- Hazsyah Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 Tiga beradik lemas dalam kolam ikan terbiar

Beluran

“Kini tinggal seorang saja anak lelaki saya berusia empat tahun selepas tiga anak lain pergi buat selama-lamanya sekali gus, namun saya reda walaupun berat untuk diterima.”

Begitu kata Suhaimis Kudus, 40-an, bapa kepada tiga beradik yang lemas di kolam ikan terbiar di Kampung Bintang Mas, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa Mohd Faisal Effendy, 6, Mohd Shafie Ilham, 8, dan abangnya Mohd Shafik Ikram, 10, lemas di kolam ikan terletak 200 meter dari rumah mereka.

Suhaimis berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat di rumah dan tiba-tiba anak saudaranya memaklumka­n ketiga-tiga anaknya lemas.

“Saya terus berlari ke kolam itu dan melihat anak kedua terapung di tengah kolam lalu terjun serta mengambil dan membawanya ke darat.

“Saya terjun semula dan berjaya menemui anak ketiga yang tenggelam lalu mengangkat jasadnya ke tebing.

“Penduduk kampung lain berjaya menemui anak pertama yang juga tenggelam di dalam kolam itu,” katanya.

Suhaimis berkata, ketika itu anaknya yang pertama dan kedua dilihat masih ada degupan

Beluran

jantung tetapi lemah.

“Saya dan penduduk kampung segera melakukan bantuan pernafasan, namun sudah terlambat,” katanya.

Katanya, dia dan penduduk kampung tidak percaya dan yakin bahawa anaknya mungkin

masih boleh diselamatk­an lalu membawa mereka ke Klinik Kesihatan Telupid.

“Bagaimanap­un, semuanya disahkan sudah meninggal dunia dan kami bawa jenazah mereka pulang ke kampung semula,” katanya.

 ??  ?? KOLAM ikan terbiar di Kampung Bintang Mas, Tawau.
KOLAM ikan terbiar di Kampung Bintang Mas, Tawau.
 ??  ?? MOHD Shafik Ikram (kanan), Mohd Faisal Effendy (tengah) dan Mohd Shafie Ilham maut lemas dalam kolam ikan.
MOHD Shafik Ikram (kanan), Mohd Faisal Effendy (tengah) dan Mohd Shafie Ilham maut lemas dalam kolam ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia