Harian Metro

Mangsa mandi kolam dengan rakan

-

Tiga beradik menemui ajal akibat lemas ketika mandi di sebuah kolam ikan terbiar di Kampung Bintang Mas, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa terbabit masing-masing berusia enam, lapan dan 10 tahun.

Difahamkan, mereka bersama beberapa rakan yang lain mandi di kolam ikan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Bapa saudara mangsa, Muslimin Mohd Yahya, 32, berkata kanak-kanak itu sebenarnya tidak pernah mandi di kolam ikan terbabit.

“Kolam ikan milik orang lain itu sudah lama terbiar dan semak. Kami pun hairan kenapa mereka tiba-tiba mandi di sana.

“Ibu bapa mereka juga tidak tahu tiga beradik itu mandi di sana bersama rakan dan tiba-tiba salah seorang rakan mangsa berlari ke rumah serta memaklumka­n kepada bapa mangsa bahawa ketiga-tiganya lemas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia