Harian Metro

Jurujual kereta dipenjara 18 bulan

-

Seorang jurujual kereta dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan tiga sebatan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menipu seorang warga emas dalam urusan jual beli kereta mewah membabitka­n kerugian RM6,900.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Sahmir Dahalan, 34, dari Gong Badak, Kuala Nerus mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya Puteh@ Mohd Nor Md Amin, 70, dengan menjual kereta jenis Mercedes-Benz sehingga menyebabka­n mangsa menyerahka­n wang tunai RM3,200.

Selain itu, tertuduh didakwa menipu mangsa sama sehingga mendorong mangsa menyerahka­n wang tunai RM3,000.

Tertuduh sekali lagi menipu mangsa sehingga mendorong mangsa menyerahka­n wang tunai RM700 di hadapan gerai makan di Jalan Bukit Kecil di sini, jam 9 pagi pada 21 Disember 2018.

 ??  ?? MOHD Sahmir mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan terhadapny­a.
MOHD Sahmir mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan terhadapny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia