Harian Metro

Konon nak guna tandas

-

Seorang lelaki berpura-pura mahu menggunaka­n tandas sebelum menyamun rakannya dalam kejadian di sebuah flat di bandar raya ini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, remaja lelaki berusia 19 tahun menanggung kerugian RM500 selepas disamun tiga lelaki termasuk dua rakannya.

Menurut sumber, mangsa yang berada di rumah didatangi suspek yang juga rakannya meminta masuk ke dalam rumah kerana mahu menggunaka­n tandas.

Katanya, mangsa membenarka­n rakannya itu masuk ke dalam rumah sebelum suspek meletakkan sebilah pisau ke leher mangsa.

“Dua lagi lelaki termasuk seorang daripadany­a dikenali mangsa datang ke rumah mangsa tidak lama kemudian sebelum bertindak memegang tangan mangsa.

“Pada masa sama, seorang daripada mereka mengambil wang RM500 di dalam beg mangsa sebelum beredar meninggalk­an lokasi.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber berkata, susulan laporan diterima, tiga suspek termasuk remaja bawah umur berusia 17 tahun ditahan di dua lokasi berasingan pada hari sama.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu Noradila Ab Latiff membenarka­n tiga suspek direman enam hari untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? TIGA suspek dipercayai terbabit dalam kes samun direman.
TIGA suspek dipercayai terbabit dalam kes samun direman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia