Harian Metro

Tiga cedera atap ranap

- Amran Yahya am@hmetro.com.my

 Bumbung wakaf disangkut hammock runtuh

Tiga beradik yang sedang beriadah di Taman Eko Rimba Ulu Bendul di sini, cedera akibat dihempap bumbung wakaf yang runtuh, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Norzaini Abd Ghani, 42; Norazlan, 29, dan Nurul Azwa Alina, 24, cedera di kepala dan badan.

Pegawai Jabatan Perhutanan Kuala Pilah, Mohamad Rizal Razali berkata, ketiga-tiga mangsa dipercayai berkelah di taman rekreasi itu sempena cuti hujung minggu.

Menurutnya, mereka dikatakan memasang

atau buaian yang mana satu bahagian diikat pada sebatang pokok dan satu bahagian diikat pada tiang sebuah wakaf.

“Ketika itu, Norazlan dikatakan duduk di atas buaian manakala dua lagi mangsa berehat di bawah wakaf dan luar wakaf.

“Bagaimanap­un, tiang wakaf berkenaan tiba-tiba tumbang menyebabka­n bumbung wakaf runtuh dan menghempap ketiga-tiga mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut.

Katanya, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgu­nakan infrastruk­tur disediakan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Pilah memberi bantuan kecemasan kepada Norazlan mangsa kejadian wakaf runtuh di Taman Eco Rimba Ulu Bendul.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Pilah memberi bantuan kecemasan kepada Norazlan mangsa kejadian wakaf runtuh di Taman Eco Rimba Ulu Bendul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia