Harian Metro

Lorong rahsia selamat diri dibongkar

-

Subang Jaya: Dinding yang diubah suai menjadi lorong rahsia bagi pelayan pelanggan (GRO) melarikan jika diserbu.

Itu taktik digunakan sebuah pusat hiburan di Sunway, di sini, bagi mengelak kegiatan mereka yang melakukan aktiviti tidak bermoral dikesan pihak berkuasa.

Malah, jika dilihat sekali pandang dinding itu kelihatan seperti rak minuman, namun selepas diperiksa terdapat pintu laluan rahsia yang diubah suai pemilik premis berkenaan.

Bagaimanap­un, taktik itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu premis berkenaan jam 1.30 pagi semalam.

Ketika serbuan dilakukan, kebanyakan GRO sedang leka melayan pelanggan di beberapa bilik karaoke di pusat hiburan berkenaan. Sebaik menyedari premis itu diserbu, GRO bertempiar­an lari melalui lorong rahsia, namun berjaya ditahan pihak polis yang sudah mengepung pusat hiburan berkenaan. Bagi mengelak ditahan, ada antara mereka bersembuny­i di dalam bilik suis elektrik dan di bawah kaunter pembayaran.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superinten­dan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya menahan 29 GRO warga asing berusia antara 20-an hingga 30-an.

“Semua GRO terbabit yang terdiri daripada warga Thailand, China dan Vietnam ditahan selepas didapati menyalahgu­nakan pas lawatan sosial dan tidak memiliki dokumen perjalanan diri sah.

“Selain itu, kami menahan 10 individu termasuk lima warga tempatan berusia 20 hingga 50 tahun yang bekerja di premis berkenaan.

“Kami turut menahan 70 pelanggan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk menjalani saringan ujian air kencing,” katanya.

Mohd Khaizam berkata, pusat hiburan itu dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak tiga tahun lalu.

“Sebelum ini, kami pernah membuat serbuan di premis ini, namun mereka masih meneruskan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan perkhidmat­an GRO warga asing.

“Pelanggan boleh mendapatka­n khimat GRO untuk melayan mereka sepanjang sesi karaoke di pusat hiburan berkenaan dengan kadar bayaran RM100 hingga RM400 bagi setiap sesi,” katanya.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut menemui beberapa pinggan mengandung­i serbuk putih dan beg plastik berwarna hitam dipercayai syabu dan ekstasi.

 ??  ?? GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway, Subang Jaya,
awal pagi semalam.
GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway, Subang Jaya, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia