Harian Metro

Harga dadah naik 6 kali ganda

-

Harga semasa dadah di Langkawi melambung sehingga enam kali ganda berikutan penguatkua­saan berterusan sekali gus menyebabka­n bekalannya berkuranga­n.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya mengenal pasti ia berlaku kerana pengedar dadah semakin sukar mendapat bekalan dari luar.

“Mengikut maklumat diperoleh dalam perbincang­an bersama agensi penguatkua­saan lain baru-baru ini, harga dadah di pulau ini enam kali ganda lebih tinggi berbanding di tanah daratan.

“Maksudnya, program pencegahan dan penguatkua­saan membuahkan hasil yang baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan AADK sempena Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2019 di pekarangan Gelanggang Futsal Baron, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Pencegahan AADK, Rahman Hamid dan Pengarah AADK Kedah, Mahadzir Elias.

Zulkifli berkata, bagi mengekalka­n momentum itu, AADK berkolabor­asi dengan pelbagai pihak untuk terus menyekat kemasukan dadah sehingga membolehka­n Langkawi muncul sebagai model dalam aspek pencegahan dadah di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia