Harian Metro

‘Syukur ada orang jumpa Johan’

-

Kehilangan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah kemurungan sejak 10 Februari lalu terjawab selepas dia ditemui ahli keluargany­a di Kampung Asahan, Batang Berjuntai di sini, tengah hari kelmarin.

Johan Jaafar, 30, dijumpai di sekitar kampung itu selepas dimaklumka­n seorang penduduk melihatnya berjalan seorang diri, jam 12 tengah hari.

Abang mangsa, Hairul Azri Jaafar, 35, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumka­n melihat adiknya.

“Sebaik tiba, saya menemui adik dalam keadaan penat dan tidak bermaya. Syukur dia tidak cedera,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia