Harian Metro

‘Kami saudara dunia akhirat’

- Zaid Salim am@hmetro.com.my

 Enam pemuda selamat mangsa insiden Pulau Warisan terima penghargaa­n

“Kami semua saudara dunia akhirat,” kata lima wira dalam insiden Pulau Warisan ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Surat Penghargaa­n dan Ucapan Terima Kasih dan Bual Bicara Bersama Lima Wira Pulau Warisan di Dewan Mini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, semalam.

Dalam kejadian kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm meluncur sebelum terjunam ke sungai di Pulau Warisan di sini, 8 Februari lalu yang mengorbank­an nyawa Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, menyatukan hubungan ‘persaudara­an’ enam lelaki termasuk Allahyarha­m walaupun sebelum ini mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Malah, lima ‘bersaudara’, Omar Abdul Aziz Othman, 27; Saiful Anuar Mohd, 37; Shahrul Mizan Harun, 34; Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29, dan Mohd Asadullah Jamaluddin, 28, yang diangkat sebagai wira mengakui kejadian yang menjadi titik hitam dalam lipatan sejarah mereka itu akan dikenang sepanjang hayat.

Menurut Omar, dia bersama empat lagi mengakui masih sedih dengan kehilangan Allahyarha­m walaupun sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain.

“Kami sedih kejadian itu meragut nyawa seorang daripada saudara yang kami anggap sebagai wira sebenar.

“Allahyarha­m selayaknya digelar perwira. Kami sangat kagum dengan keberanian­nya. Bukan semua orang mampu buat seperti apa yang dilakukan Allahyarha­m kerana dia segera terjun ke sungai sebaik melihat kejadian itu,” katanya yang juga individu kedua terjun bagi menyelamat­kan mangsa.

Omar yang juga pegawai di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Terengganu berkata, Alllahyarh­am adalah individu bertanggun­gjawab mengeluark­an semua mangsa ketika kenderaan itu hampir tenggelam, sementara mereka hanya berusaha membantu menaikkan mangsa ke darat.

“Saya juga hampir lemas dan bernasib baik kerana diselamatk­an Shahrul Mizan yang menarik saya bersama dua wanita ke tebing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, keberanian enam wira termasuk Allahyarha­m Abdul Bari Asyraf bukan saja menjadi kebanggaan masyarakat di negeri ini, malah mendapat pujian dan pengiktira­fan seluruh dunia.

 ??  ??
 ?? FOTO: IMRAN MAKHZAN ?? AZLIMIN (tiga dari kanan) bersama Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Sharikan Bustamam (empat dari kiri) melihat surat perhargaan kepada lima Wira Pulau Warisan yang membantu menyelamat­kan lima wanita hampir lemas selepas pacuan empat roda terjunam ke sungai di Pulau Warisan.
FOTO: IMRAN MAKHZAN AZLIMIN (tiga dari kanan) bersama Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Sharikan Bustamam (empat dari kiri) melihat surat perhargaan kepada lima Wira Pulau Warisan yang membantu menyelamat­kan lima wanita hampir lemas selepas pacuan empat roda terjunam ke sungai di Pulau Warisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia