Harian Metro

Hukuman qisas

-

 Bendung pembunuhan serta tegakkan keadilan

“Dalam qisas itu ada (jaminan kelangsung­an) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 179)

Insan yang tergamak membunuh manusia lain dengan tangannya sendiri menunjukka­n betapa dirinya tunduk dengan nafsu dan bisikan syaitan.

Golongan itu menganggap mereka berkuasa memusnahka­n kehidupan orang lain. Apatah lagi jika mangsa pembunuhan itu insan yang sedang melaksanak­an tanggungja­wab memastikan keselamata­n orang lain terjamin.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak halal darah seorang Muslim yang menyaksika­n bahawa tiada Tuhan selain Allah dan akulah pesuruh Allah melainkan dengan salah satu daripada tiga perkara, nyawa (dibalas) dengan nyawa, penzina yang sudah berkahwin dan orang yang meninggalk­an agamanya dan jamaah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam Islam, dosa membunuh adalah salah satu daripada dosa besar yang ditetapkan Allah SWT.

Jika dosa syirik tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT, dosa membunuh pula tidak akan terampun melainkan dengan taubat.

Sebaliknya perlu menjalani hukuman setimpal dengan perbuatan yang dilakukan si penjenayah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasak­an.”

Baginda ditanya: “Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda SAW bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempura­n perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” (Hadis riwayat Muslim)

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia