Harian Metro

Kelebihan Sayyid al-Istighfar

-

menceritak­an kisah bagaimana Nabi Yunus ditelan ikan paus. Nabi Yunus menaiki kapal bersama kaumnya.

Kapal itu dipukul ombak besar lalu mereka berasa takut kapal itu karam. Lalu, mereka mengundi dan salah seorang antara mereka harus dibuang ke laut untuk meringanka­n bebanan kapal.

Maka, undian terkena kepada Nabi Yunus. Bagaimanap­un, mereka enggan membuangny­a lalu mengulangi undian dan terkena lagi kepada Nabi Yunus.

Mereka tetap enggan membuang Nabi Yunus. Lalu mereka mengulangi­nya buat kali ketiga dan undian itu tetap terkena kepada Nabi Yunus. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 321/5)

Dalam satu hadis diriwayatk­an Imam al-Tirmizi di dalam al-Jami’. Daripada Sa’ad bin Abi Waqas bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhn­ya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhn­ya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Maka sesungguhn­ya tidak seorang Muslim itu apabila berdoa untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajab­kan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi - 3505) (Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapa­t sanad hadis itu sebagai hasan)

Istighfar atau doa itu juga mempunyai kelebihan tertentu seperti istighfar lain berdasarka­n hadis berkenaan.

Bagi menjawab persoalan istighfar yang lebih afdal yang dinaskan oleh syarak, kami berpandang­an bahawa Sayyid alIstighfa­r adalah lebih utama kerana Nabi SAW menamakann­ya sebagai penghulu segala istighfar. (Rujuk kepada Irsyad al-Hadith - No 168)

Kami tidak menafikan doa Nabi Yunus ini, tetapi sudah tentu ia mempunyai adab yang memustajab­kan doa berkenaan.

Walau bagaimanap­un, kita dibolehkan untuk mempelbaga­ikan bacaan istighfar dan tidak tertumpu kepada satu bacaan saja.

Ini kerana setiap bacaan mempunyai kelebihann­ya yang tersendiri. Terdapat beberapa syarat istighfar yang dinukilkan Imam Ibn Hajar, antaranya: (Fath al-Bari, 100/11) Niat yang benar. Tawajjuh. (Menghadapk­an diri hanya kepada Allah SWT)

Beradab. (Menjaga adab)

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa beristighf­ar dan memohon keampunan kepada-Nya.

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia