Harian Metro

Nafi sengaja cetus provokasi hingga diserang

-

Kuala Nerus: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan sengaja mencetuska­n provokasi yang menyebabka­n beliau diserang sekumpulan penyokong pembangkan­g selepas tamat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kelmarin.

Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa keadaan sebenar yang berlaku sudah dimanipula­si dengan video tular yang diubahsuai dan tidak menggambar­kan keseluruha­n kejadian.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai rakaman video mengenai kejadian dan menyerahka­n sepenuhnya kepada polis untuk menjalanka­n siasatan terhadap dakwaannya dikasari pengendali laman blog, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

“Tengoklah video mengenai kejadian itu. Saya harap nanti polis akan panggil beberapa sukarelawa­n dan polis yang ada di sana juga. Boleh tengok video yang ditunjuk itu.

“Masa kita cepat-cepat lari ke depan, polis dah ada kawal dah. Dia lari kejar dari belakang, paling jelas dalam video dan pergi kawasan parit. Dia pergi kawasan parit dan lompat terus. “Mula-mula OK tapi dia (video), tak ada tunjuk (bahagian) lain,” katanya selepas Sesi Townhall - Aspirasi Buat Belia di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Ditanya mengenai dakwaan Wan Muhammad Azri yang hanya memeluknya dan mahu membantu melindungi beliau, Syed Saddiq berkata:

“Tak apalah. Biar polis buat siasatan. Bayangkan kalau terjadi pada mana-mana ahli politik mana-mana parti sebelum ini. Sudahlah tengah kawasan tegang, lepas tu polis dah berjaya kawal tengah jalan, dia lari daripada jauh datang dan pecah kawalan polis dan terus pergi pada saya.

“Itu (pasti) dah kena, tapi saya percaya pada polis dan biar polis buat siasatan,” katanya.

Mengulas lanjut Syed Saddiq berkata, beliau tidak melakukan apa-apa provokasi dan tidak mengeluark­an sebarang perkataan kecuali memberi salam walaupun menerima kata cacian dan makian daripada penyokong pembangkan­g dan terus berjalan menuju ke kereta.

 ??  ?? SYED Saddiq
SYED Saddiq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia