Harian Metro

Bina sejuta rumah dalam 10 tahun

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membina sejuta unit rumah mampu milik dan rumah murah dalam masa 10 tahun.

Menurut beliau, walaupun kerajaan menghadapi pelbagai kekangan dalam melunaskan janji tersebut, namun ia tetap akan dilaksanak­an demi membantu golongan kurang berkemampu­an terutama kumpulan B40, dengan kerjasama pihak swasta.

“Kerajaan tak mampu dirikan sejuta rumah dalam masa 10 tahun, perlu kerjasama dengan swasta, hari ini kita lihat banyak pihak swasta sambut baik rancangan kita ini termasuk dalam susunan komuniti bagi memastikan ada perusahaan ditempatka­n di kawasan komuniti yang akan dibina.

“Kita harap dengan adanya komuniti tersusun dan dilengkapi kelab yang boleh menjadi perantara menyampaik­an masalah penduduk setempat kepada wakil rakyat serta dilengkapi bengkel bagi membolehka­n mereka terlibat dengan perniagaan, akan memajukan ekonomi komuniti setempat,” katanya.

Harga bagi seunit rumah mampu milik ialah di bawah RM300,000 dan ditetapkan mengikut lokaliti. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia