Harian Metro

Semak harga jual air mentah Takiyuddin tandatanga­n

- BERNAMA

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai kumpulan pegawai Malaysia dalam semakan semula harga air mentah yang dijual kepada negara jiran, Singapura, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa mendedahka­n butiran terperinci bila rundingan berkenaan itu akan dilakukan, Perdana Menteri berkata, kumpulan pegawai yang berunding itu ‘sedang mengusahak­annya’ dan ia turut dianggotai pegawai berkaitan dari Johor.

“Kita berpendapa­t harga 3 sen untuk 1,000 gelen air itu ditentukan pada 1926. Pada masa itu, nilai wang 1 sen boleh beli banyak barang, tetapi waktu sekarang wang 1 sen tak boleh beli apa-apa, 3 sen pun tak boleh beli apa-apa.

“Sepatutnya harga sesuatu barang itu hendaklah ikut keadaan semasa. Hari ini kita bukan cakap pasal tetapi pasal kerana pendapatan meningkat terlalu tinggi. Jadi kalau nak kira harga yang ditentukan pada 1926 itu masih kekal sehingga tahun 3000?

Adakah munasabah, saya rasa tidak munasabah. Sampai bila...?” katanya selepas melancarka­n Dasar Komuniti Negara, semalam.

millenial? millionair­e, billionair­e

Another

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaska­n pimpinan PAS memaklumka­n mereka tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kerana Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan wakil DAP sebagai calon.

Dr Mahathir berkata, pertemuan pada Jumaat lalu itu dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dua lagi pemimpin PAS iaitu Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan serta Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, namun mereka tidak menyatakan akan menyokong Bersatu atau PH pada PRK 2 Mac ini.

“Saya cuma terpaksa kata yang mereka (Abdul Hadi, Takiyuddin dan Ahmad Samsuri) mengakui mereka tidak menyokong (UMNO) kali ini kerana lawan kali ini bukan DAP. Mereka menyatakan mereka tak akan sokong UMNO tapi mereka tidak akan isytiharka­n perkara itu.

“(Tetapi) Bila saya dengar penafian, terpaksa saya sebut apa yang berlaku...pengakuan mereka, kali ini mereka tidak akan sokong UMNO tetapi mereka tak cakap akan sokong Bersatu atau PH dan mereka (PAS) tak akan hadir (semasa penamaan calon) tapi kita lihat hadir juga,” katanya selepas melancarka­n Dasar Komuniti Negara (DKN) di sini, semalam.

Turut hadir, isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri KPKT Zuraida Kamaruddin, beberapa menteri Kabinet dan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari.

Dr Mahathir berkata, pimpinan PAS berkenaan menyerahka­n sepucuk surat contoh yang ditandatan­gani Takiyuddin sebagai pengakuan

 PM terima surat contoh

PAS tidak sokong calon UMNO

tersebut.

Beliau berkata dalam pertemuan itu juga pimpinan PAS itu menyatakan mereka menyokong pimpinan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Tetapi sebagaiman­a kita tahu mereka tidak selalunya menyokong saya,” katanya.

Katanya pertemuan tersebut lebih berkisar kepada penyelaras­an tugas antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri.

“Mereka meminta ada wakil daripada parti itu dalam badan kerajaan tertentu, dan kita juga meminta wakil PH diberi tempat dalam kerajaan negeri yang kita tak ada wakil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia