Harian Metro

Calon tukang urut isytihar harta

-

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul semalam mengisytih­arkan harta secara terbuka di Pasar Semenyih di sini.

Tukang urut itu berkata, pengisytih­aran itu dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Saya seorang tukang urut yang menjalanka­n perniagaan sendiri dan jumlah nilai aset bersih saya setakat 14 Febuari 2019 dianggarka­n RM15,750.

“Semua anggaran ini dibuat dengan usaha terbaik berdasarka­n dokumen, rekod dan ingatan saya dan aset mengikut nilai pasaran terkini,”katanya pada sidang media, di sini.

 ??  ?? NIK Aziz Afiq mengisytih­arkan hartanya di hadapan orang ramai di Pasar Pagi Pekan Semenyih, semalam.
NIK Aziz Afiq mengisytih­arkan hartanya di hadapan orang ramai di Pasar Pagi Pekan Semenyih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia