Harian Metro

‘Syurga’ anak terbiar

- Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

Mangsa cabul dan anak terbiar yang datang dari keluarga bermasalah ‘mencari perlindung­an’ di sebuah rumah aktivis masyarakat di Kampung Pasir Pekan di sini, sejak Disember tahun lalu.

Kini 13 kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 17 tahun yang dikategori­kan sebagai anak terbiar menetap di rumah milik Faizah Qemerzaman, 51.

Faizah berkata, mereka pada awalnya hanya mahu menumpang berteduh, namun kini dianggap menetap terus di rumahnya.

“Remaja itu antara 300 anak jagaan saya yang kebanyakan berada di rumah masing-masing yang saya panggil sebagai anak prihatin yang diabaikan keluarga, golongan asnaf dan miskin. Pada mulanya rumah saya didatangi seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang ingin menetap di rumah saya.

“Dia anak yatim piatu sebelum ini tinggal bersama ibu saudara datang sehelai sepinggang, baju yang lusuh dan koyak enggan balik ke rumah atas sebab tertentu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Faizah berkata, sejak dari itu seorang demi seorang anak prihatin datang dan minta izin untuk menetap di rumahnya dan menyebabka­n dia menamakan rumahnya sebagai Villa Raudhah.

Ketika ditanya adakah tindakan anak prihatin yang menumpang di rumahnya itu tidak dihalang keluarga mereka, Faizah berkata, dia pernah didatangi ahli keluarga remaja terbabit dan dimarahi namun atas rundingan kedua-dua belah pihak, kata persetujua­n dapat dicapai.

Menurutnya, apa yang dilakukann­ya tidak mempunyai sebarang agenda peribadi sebaliknya mahu membantu sekadar termampu kerana mereka mangsa keadaan, malah ada antaranya hampir dicabul keluarga.

“Anak prihatin itu tidak semua menetap di Villa Raudhah secara langsung kerana ada dalam kalangan mereka tinggal di asrama sekolah dan kembali ke rumah perlindung­an ketika cuti hujung minggu.

“Kehidupan mereka lebih tersusun apabila menunaikan solat berjemaah dan membaca surah Yasin setiap malam Jumaat manakala pada Khamis, Jumaat dan Sabtu sebahagian daripada mereka dihantar ke sebuah pondok di Tumpat untuk mendalami ilmu agama.

“Saya merancang membina sebuah rumah berasingan di sebuah tanah yang diwakafkan tidak jauh dari rumah ini sekiranya ada dana bagi menempatka­n semua

 Seramai 13 kanak-kanak bermasalah cari perlindung­an di Villa Raudhah

anak prihatin,” katanya.

Faizah berkata, tidak timbul rasa beban atau sebarang kekangan di pihaknya walaupun perbelanja­an bertambah.

“Secara ringkasnya saya boleh andaikan bahawa Allah SWT memilih kami untuk membantu kanak-kanak dan remaja ini, maka segala perkara dianggap masalah itu sebenarnya dipermudah­kan.

“Anak prihatin ini sentiasa ada rezeki kerana saya bergerak bersama tujuh rakan aktivis yang sama-sama menjaga dan memantau mereka. Ramai yang memberi sumbangan kerana kumpulan kami bergerak melalui media sosial, memaparkan segala perkembang­an aktiviti kemasyarak­atan,” katanya.

 ??  ?? WAKIL dari Villa Raudhah menunjukka­n tempat yang akan dibina bangunan untuk menempatka­n anak prihatin ketika ditemui di Kampung Pasir Pekan.
WAKIL dari Villa Raudhah menunjukka­n tempat yang akan dibina bangunan untuk menempatka­n anak prihatin ketika ditemui di Kampung Pasir Pekan.
 ??  ?? REMAJA yang menghuni Villa Raudhah belajar bersama.
REMAJA yang menghuni Villa Raudhah belajar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia