Harian Metro

Umpan coklat datang sekolah

-

Gua Musang: Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, dekat sini, terpaksa mengumpan dengan coklat bagi menarik murid Orang Asli hadir ke sekolah itu.

Pendekatan itu dilakukan kerana ada dalam kalangan murid sengaja tidak mahu ke sekolah kerana malas terutama yang tinggal berhampira­n.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tohoi, Eder Baharon berkata, pihaknya mengakui selepas berlaku tragedi kehilangan tujuh murid Orang Asli sekolah itu lima tahun lalu, kehadiran murid merosot lebih daripada separuh.

Katanya, ini kerana sebahagian besar ibu bapa murid berkenaan memboikot daripada hantar anak ke sekolah tetapi sekarang mereka semakin pulih daripada trauma.

“Ini menyebabka­n guru menggunaka­n pelbagai kaedah untuk menarik semula murid Orang Asli hadir ke sekolah bagi mengelak berlaku keciciran.

“Antara pendekatan diambil ialah mengumpan coklat setiap awal minggu persekolah­an dibuka dan menyambut murid yang hadir dipintu pagar sekolah lagi,” katanya.

Dalam kejadian 23 Ogos 2015, tujuh murid Orang Asli tinggal di asrama SKTohoi dilaporkan lari dari asrama dipercayai takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selepas hampir 50 hari hilang, Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan di tebing sungai di hutan berkenaan.

Lima yang lagi terkorban ialah Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli,8, dan Juvina David, 7, yang kesemuanya dari Kampung Gawin, Pos Gob dan Kampung Penad, Pos Simpor.

Seorang bapa Orang Asli, Pos Tohoi, Semat Agus, 48, berkata, mereka sudah lupa dengan kejadian itu dan masing-masing menghantar semula anak ke sekolah.

Beliau berkata, bagi yang tinggal berhampira­n dengan sekolah ibu bapa menghantar dan mengambiln­ya setiap hari bagi mengawasi keselamata­n.

 ??  ?? SEORANG guru menyambut murid Orang Asli di pintu pagar masuk SK Tohoi sambil menghulurk­an coklat untuk menarik minat murid ke sekolah.
SEORANG guru menyambut murid Orang Asli di pintu pagar masuk SK Tohoi sambil menghulurk­an coklat untuk menarik minat murid ke sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia