Harian Metro

RM10,000 tangkap penyamun

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Ganjaran ditawar kepada pemberi maklumat

Ganjaran RM10,000 ditawarkan kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat hingga membawa kepada penahahan lelaki yang membelasah seorang wanita dalam lif di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, beliau mewakili seorang individu menawarkan ganjaran berkenaan kerana marah dengan insiden itu dan mahu penjenayah berkenaan ditahan seterusnya dibawa ke muka pengadilan.

“Apa yang paling saya takuti adalah jika dia tidak ditahan dalam masa terdekat, ia mungkin akan mempengaru­hi penjenayah lain melakukan jenayah dengan cara sama iaitu di dalam lif atau mana-mana tempat yang terlindung.

“Malah, mereka mungkin menyasarka­n golongan lelaki atau bergerak secara dalam kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik melalui status di akaun Twitter miliknya, semalam.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurka­n maklumat ke pejabatnya atau melalui e-mel, parlimenke­pong@gmail.com.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, seorang wanita cedera dibelasah penjenayah yang menyamunny­a dalam lif di stesen berkenaan.

Kejadian samun itu tular sejak kelmarin selepas rakaman CCTV dalam lif terbabit dimuat naik di media sosial.

Dalam rakaman video berdurasi 54 saat itu menunjukka­n suspek mengekori mangsa yang bersendiri­an masuk ke dalam lif itu.

Suspek terus bertindak menumbuk mangsa beberapa kali sebelum menarik rambut dan menendang wanita berkenaan.

Ketika lif terbabit berhenti seketika di tingkat lain, suspek berhenti memukul mangsa dan berpura-pura berdiri sambil sebelah tangannya masih memegang rambut wanita terbabit.

Suspek kemudian segera menekan butang untuk menutup pintu lif berkenaan sebelum membelasah semula mangsa.

Lelaki itu mengambil beg tangan mangsa dan mengambil dompet wanita itu sebelum melarikan diri.

 ??  ?? SUSPEK memegang mangsa yang ketakutan. TUMBUKAN tangan kanan mengenai wajah mangsa.
SUSPEK memegang mangsa yang ketakutan. TUMBUKAN tangan kanan mengenai wajah mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia