Harian Metro

Jumpa peniaga esok

-

Putrajaya: Penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari Jalan Esfahan berhampira­n pusat beli-belah Sogo hingga ke Jalan Melayu kepada semua kenderaan persendiri­an kecuali bas awam bermula 15 Mac ini hanyalah tempoh percubaan.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad berkata, tempoh itu akan dilaksanak­an selama sebulan bagi melihat segala kemungkina­n atau kelemahan yang terdapat semasa penutupan jalan berkenaan.

Katanya, penutupan jalan berkenaan secara tidak langsung akan memberi gambaran sebenar kepada pihaknya dan peniaga, sekiranya ia mendapat reaksi yang positif barulah hal berkenaan akan dilaksanak­an.

“Kami akan adakan perjumpaan dengan peniaga pada Selasa ini (esok) bagi mendapatka­n jalan penyelesai­an. Tapi bagi pihak kementeria­n kita lakukan ini untuk beri satu perubahan untuk mencapai tahap bandaraya rendah karbon seperti yang dinyatakan sebelum ini.

“Sekiranya selepas penutupan jalan itu kita dapati tidak menimbulka­n masalah, barulah kita tempatkan bazaar Ramadan kerana sekarang ini terlalu banyak reaksi, (berkaitan penutupan jalan) ada kumpulan kata akan beri masalah, ada pula yang sebaliknya,” katanya kepada media selepas menghadiri Kenduri Rakyat dan Karnival Sukan Wilayah Persekutua­n Putrajaya di Kompleks Futsal Presint 18 di sini, semalam.

 ??  ?? PENUTUPAN Jalan TAR sepanjang tempoh percubaan bagi mengkaji kelemahan.
PENUTUPAN Jalan TAR sepanjang tempoh percubaan bagi mengkaji kelemahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia