Harian Metro

Pikat 70,000 peniaga

- Nabil Basaruddin am@hmetro.com.my

 TNG yakin perniagaan e-dompet mempunyai peluang cerah untuk diperluask­an

TNG Digital Sdn Bhd, syarikat usaha sama Touch ‘n Go Sdn Bhd dan Ant Financial Services Group menyasarka­n untuk mempunyai kira-kira 70,000 peniaga bagi perkhidmat­an e-dompet Touch ‘n Go eWallet pada akhir tahun ini

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Syahruniza­m Samsudin berkata, bagi suku pertama tahun ini, pihaknya yakin untuk mencapai penyertaan peniaga kepada 40,000 peniaga menjelang suku pertama tahun ini.

Beliau berkata, e-dompet TNG terus mendapat sambutan pelbagai pihak sejak ia diperkenal­kan tahun lalu dan bagi menawarkan lebih manfaat, penyertaan peniaga baru adalah antara yang perlu dilaksanak­an.

“Kami yakin perniagaan e-dompet ini mempunyai peluang cerah untuk diperluask­an selari dengan perkhidmat­an yang ia mampu tawarkan kepada semua pengguna.

“Jadi, kami perlu mempersiap­kannya supaya ia lebih mudah mendapat sambutan terutamany­a dengan meningkatk­an penyertaan peniaga.

“Untuk merealisas­ikan komuniti tanpa tunai ini, ia juga memerlukan usaha berterusan dan tempoh panjang bagi inovasi e-dompet ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Tahun Baru Cina TNG.

Aplikasi e-dompet yang dilancarka­n pada Ogos tahun lalu itu akan menjadi platform digital kepada rakyat Malaysia merasai ekosistem pembayaran yang selamat, mudah dan lancar dengan menggunaka­n kod QR bagi urusan pembayaran.

Pengguna kad Touch ‘n Go (TnG) boleh mengakses maklumat mengenai kad mereka menerusi aplikasi e-dompet berkenaan yang mana mereka boleh menghubung­kan kad mereka kepada platform e-dompet dan menyemak baki kad.

Syahruniza­m berkata, pihaknya turut mengunjurk­an pengguna aplikasi e-dompet itu akan meningkat dua kali ganda berbanding jumlah sedia ada ketika ini sebanyak 2.3 juta pengguna.

“Sambutan adalah sangat memberangs­angkan dari pihak pengguna dan oleh itu kami yakin jumlah pengguna akan terus bertambah selari dengan usaha syarikat untuk memperkuku­h lagi fungsi dan peranan aplikasi e-dompet ini,” katanya.

Mengulas mengenai Teknologi Identifika­si Frekuensi Radio (RFID) di plaza tol, pihaknya berharap kerajaan dapat memberi lebih banyak lorong dengan kemudahan RFID.

Menurutnya, ia adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati pengalaman perjalanan serta pemanduan yang lebih lancar dan selesa.

“Setakat ini terdapat lebih 100,000 penguna menyertai projek perintis ini dan kira-kira 32 lorong di plaza tol menawarkan kemudahan RFID ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia