Harian Metro

Jamin bantu usahawan tempatan

-

Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi jaminan untuk terus membantu usahawan tempatan, sejajar dengan matlamat asal penubuhann­ya, iaitu membantu meningkatk­an pendapatan kumpulan berpendapa­tan rendah Bumiputera.

Pengerusin­ya, Dr Hasnita Hashim, berkata usahawan yang sudah mendapat pembiayaan MARA akan terus dibantu untuk mengukuhka­n perniagaan mereka.

“Untuk 2019, fokus kita menyokong usahawan sedia ada dalam menghadapi suasana ekonomi mencabar.

“Kita tidak mahu menjadi agensi yang memberi pinjaman saja dan membiarkan usahawan tanpa sokongan atau pemantauan,” katanya.

Beliau berkata, usahawan yang sudah berjaya pula akan terus dibantu termasuk mencarikan peluang perniagaan ke luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia