Harian Metro

Salur modal tingkat bisnes

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 MAIWP peruntuk RM800,000 bantuan kewangan tahun ini biaya usahawan asnaf

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) terus komited membantu usahawan asnaf apabila memperuntu­kkan RM800,000 bantuan kewangan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Abdul Aziz Jusoh berkata, menerusi Usahawan Baitulmal MAIWP, sejak 2014 RM15 juta disalurkan kepada usahawan yang terbabit.

Katanya, mengambil data bermula tahun 2014 juga seramai 4,534 orang dibantu perniagaan mereka.

“Skim bantuan MAIWP ini berbentuk bantuan modal yang tidak perlu dibayar balik iaitu berupa bantuan permulaan dengan jumlah maksimum RM5,000.

“Bantuan ini juga boleh dipertimba­ngkan secara berperingk­at berdasarka­n perkembang­an perniagaan usahawan itu sendiri sehingga RM35,000,” katanya.

Menurutnya, kategori usahawan yang boleh dibantu oleh MAIWP adalah mereka yang terbabit dalam industri makanan dan minuman, jahitan, kraftangan, makanan sejuk beku, kecantikan, dandanan dan perniagaan yang bersesuaia­n selagi tidak bertentang­an dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, MAIWP juga dalam usaha bagi menambahba­ik prosedur skim bantuan sedia ada dalam membantu memantapka­n lagi perniagaan usahawanny­a.

 ?? Abdul Aziz Jusoh ?? MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (kiri) melancarka­n logo baharu Ushawan Baitulmal MAIWP sambil diperhatik­an Abdul Aziz pada Majlis Perhimpuna­n Warga MAIWP di pejabat MAIWP, Bangunan PERKIM. Skim bantuan MAIWP ini adalah berbentuk bantuan modal yang tidak perlu dibayar balik”
Abdul Aziz Jusoh MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (kiri) melancarka­n logo baharu Ushawan Baitulmal MAIWP sambil diperhatik­an Abdul Aziz pada Majlis Perhimpuna­n Warga MAIWP di pejabat MAIWP, Bangunan PERKIM. Skim bantuan MAIWP ini adalah berbentuk bantuan modal yang tidak perlu dibayar balik”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia