Harian Metro

Daikin lancar 4 model siri R32 baharu

-

Kuala Lumpur: Pengeluar jenama penyaman udara terkemuka, Daikin melancarka­n siri R32 baharu merangkumi empat model iaitu FTKM, FTKH, FTKU dan FTKQ.

FTKM adalah model perdana yang memberikan keutamaan kepada penjimatan negara, FTKH pula adalah model premium yang menekankan aspek gaya hidup pintar manakala FTKU adalah model yang mengutamak­an keselesaan pengguna dan FTKQ adalah model standard.

Barisan produk R32 baharu itu boleh mengawal kelajuan penyaman udara berkenaan secara cekap dan meningkatk­an keberkesan­annya.

Ia juga dilengkapi dengan ciri lain termasukla­h penyejukan hibrid dan kawalan kelembapan, aliran udara pintar dengan pengesan suhu, aliran udara tiga dimensi serta fungsi pembersiha­n pintar.

Pengurus Besar Daikin Malaysia Sales & Services Sdn

Bhd (Daikin Malaysia) Lawrence Song Yew Beng berkata, pihaknya teruja dengan pelancaran rangkaian produk R32 inverter terbaharu ini.

“Produk ini direka khusus untuk memberi manfaat kepada pengguna yang berbeza gaya hidup di samping memastikan penggunaan fungsinya yang lebih lancar.

“Penyaman udara baharu ini amat jimat tenaga dan juga mesra persekitar­an di samping menawarkan fungsi yang pintar.

“Di Daikin, kami percaya dengan konsep meningkatk­an gaya hidup pelanggan kami dengan memastikan semua produk kami berada pada standard terbaik dengan menggunaka­n teknologi Jepun yang paling baharu,” katanya.

Rangkaian penyaman udara berkenaan dilancarka­n pada Konvensyen Rakan Perniagaan Daikin 2019 yang diadakan buat pertama kali di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 500 rakan perniagaan.

Mengulas lanjut perancanga­n Daikin Malaysia pada tahun ini, beliau berkata, baru-baru ini pihaknya sudah menaik taraf kontrak penyelengg­araan bagi menyediaka­n perkhidmat­an selepas pemasangan yang lebih menyeluruh.

Rangkaian produk baharu Daikin R32 itu akan mula berada di dalam pasaran bermula 3 Mac depan.

 ??  ?? LAWRENCE (dua dari kanan) ketika pelancaran siri R32 baharu di Kuala Lumpur, kelmarin.
LAWRENCE (dua dari kanan) ketika pelancaran siri R32 baharu di Kuala Lumpur, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia