Harian Metro

Malindo Air perkenal faedah tambang baharu kelas ekonomi

-

Malindo Air memperkena­lkan faedah tambang baharu kepada penumpang kelas ekonominya melalui penyelaras­an elaun bagasi yang diperiksa kepada pilihan tambang Value dan Flexi berkuatkua­sa 15 Februari 2019.

Elaun bagasi bagi pilihan tambang Value kini adalah 15 kilogram (kg) dan 30kg bagi Flexi daripada 25kg sebelum ini bagi kedua-dua pilihan tambang manakala elaun bagasi untuk

Kelas Perniagaan dan penerbanga­n ATR kekal 40kg dan 15kg.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata, rasional perniagaan bagi penyelaras­an itu adalah untuk mengikuti perubahan dalam industri dan permintaan penumpang.

“Pilihan ini membolehka­n pelanggan sensitif kepada kos untuk menikmati tiket penerbanga­n lebih kompetitif dengan perkhidmat­an yang bersesuaia­n dengan dengan keperluan mereka.

“Kami mahu memastikan produk kami relevan kepada pasaran dan membawa pengalaman penerbanga­n lebih baik kepada penumpang,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia