Harian Metro

Lancar pusat jualan 3S di Inanam

-

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Kota Bumi Sdn Bhd (Kota Bumi) melancarka­n pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) Kota Bumi yang terletak di Inanam iaitu salah sebuah hub automotif di kawasan terbabit.

Pelancaran pusat 3S terbaharu Volkswagen itu menjadikan jumlah keseluruha­n pusat 3S meningkat kepada 18 buah di seluruh negara.

Ketua Pengedar Kota Bumi, Carlwin Yee berkata, pihaknya komited untuk memastikan pengalaman pemilikan yang positif dalam kalangan pelanggan Volkswagen di Sabah.

“Kami bermula sebagai pusat servis dan alat ganti (2S) dan memandangk­an permintaan ke atas kenderaan Volkswagen semakin meningkat, kami ingin merebut peluang itu dengan mengembang dan membina jenama Volkswagen di rantau ini.

“Kami juga berpindah ke lokasi baharu yang lebih strategik untuk memenuhi keperluan ini dan memberi perkhidmat­an lebih baik kepada pelanggan sedia ada kami,” katanya pada pelancaran pusat 3S Volkswagen Kota Bumi, di sini.

Pusat 3S itu satu-satunya pengedar sah Volkswagen di

Sabah dan ia akan memberi khidmat kepada

pemilik kenderaan Volkswagen di Inanam, Menggatal, Lintas, Kolombong, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia