Harian Metro

‘Wangi’ luar biasa

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Gecks & Cov rancang tembusi pasaran Singapura, Jakarta

Gecks & Cov (Malaysia) Sdn Bhd terus mengukuhka­n pasarannya menerusi perancanga­n menembusi pasaran Singapura dan Jakarta suku pertama tahun ini.

Pengasas Bersamanya, Amir Kay berkata, melalui produk wangian di bawah jenama Gecks&Cov, pihaknya yakin untuk meneroka lebih banyak peluang di pasaran luar negara.

Katanya, Gecks&Cov dihasilkan melalui kajian dan pembanguna­n (R&D) selama enam tahun dan wangian itu juga dicipta dengan formulasi tersendiri.

“Bauan Gecks&Cov yang dihasilkan adalah bukan diinspiras­i daripada wangian jenama lain.

“Malah, wangian Gecks&Cov menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai terutama apabila kami mengikuti Permbangun­an Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) ke pameran antarabang­sa.

“Kami juga merancang menembusi pasaran timur tengah selain memfokus meluaskan pasaran di seluruh Malaysia,” katanya.

Menurutnya, syarikat membuka peluang menjana pendapatan dengan menjadi sebahagian pasukan jualan Gecks&Cov dengan modal serendah RM100.

Amir berkata, Gecks&Cov adalah wangian yang berkualiti tinggi dalam kategori parfum serta setanding dengan keluaran Eropah.

“Kami menyasarka­n 500 ejen jualan dan vendor tahun ini serta jualan 5,000 unit botol sebulan.

“Harga Gecks&Cov bermula RM300 bagi 12ml dan RM88 bagi 50ml. Untuk maklumat lanjut boleh melayari Facebook (Gecks & Cov) atau Instagram (gecksncov),” katanya.

 ??  ?? PENGASAS bersama Geckgcov, Sufian Ramli (kiri), Amir Kay dan Dr Sazali Ahmad.
PENGASAS bersama Geckgcov, Sufian Ramli (kiri), Amir Kay dan Dr Sazali Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia