Harian Metro

Anjur pelbagai aktiviti menarik

-

Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (Kia Malaysia), pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia mengumumka­n penganjura­n pelbagai aktiviti menarik bersempena penganjura­n konsert

Blackpink 2019 World Tour (In Your Area)

Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari ini.

Aktiviti pertama yang bakal dianjurkan adalah Peraduan Hari Valentine Kia Malaysia x Blackpink yang bakal menyaksika­n dua pemenang menikmati pengalaman seumur hidup pada 14 Februari 2019 dan memenangi dua tiket konsert Zon Merah dan pas untuk dan setiap satu bagi bertemu dengan ahli kumpulan wanita popular Korea itu secara lebih dekat.

“Untuk menyertai

Sound Check Send-Off

peraduan ini, orang ramai hanya perlu pandu uji sebarang kereta Kia di bilik pameran Kia, mengambil gambar dan memuat naik di Facebook atau Instagram dengan hastag #KiaMalaysi­aBLACKPINK di mana peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan sah daripada 1 hingga 17 Februari ini,” kata Naza Kia Malaysia dalam kenyataan di sini, semalam.

Konsert

Blackpink 2019 World Tour (In Your Area)

Kuala Lumpur akan berlangsun­g pada 23 dan 24 Februari ini di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam di mana ia dipersemba­hkan khas Kia Motors yang mengumumka­n kerjasama dengan Blackpink bagi konsert itu awal Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia